KLIK DISINI UNTUK FACEBOOK TIPS KECANTIKAN, PROMOSI DN BNYAK LGI! »
Blogger Widgets

KEBAIKAN VITAMIN C

KEBAIKAN VITAMIN C

                                           


Umum tahu kebaikan vitamin C, dan di sini saya ingin berkongsi banyak lagi kegunaan vitamin C dalam kehidupan kita.

§  ~ Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.

§  ~ Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran

§  ~ Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.

§  ~ Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.

§  ~ Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.

§  ~ Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.

§  ~ Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.

§  ~ Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.

§  ~ Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.

§  ~ Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.

§  ~ Merawat jangkitan saluran kencing.

§  ~ Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.


Vitamin C Shaklee, adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.

TIPS DIET YANG SIHAT..

                                          

1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.

2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.

* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.

* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

* Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau…

SELAMAT MENCUBA YARR!!

SEMUA TU DIMULAKAN DENGAN BISMILAH..InSYALLAH result yg cemerlang anda perolehi..

GUD LUCCK!!:)

JERAWAT



                                                  
Apabila jerawat sembuh, ia akan meninggalkan kesan kemerahan atau kesan parut hitam. Ini sebenarnya bukan parut jerawat tetapi kesan daripada radang jerawat. Jika tiada jerawat baru yang tumbuh, kulit akan sembuh dengan sendiri. Proses penyembuhan ini boleh mengambil masa 6 hingga 12 bulan.
Kesan akibat jerawat lebih daripada setahun dikenali parut jerawat. Biasanya parut ini kekal dan membuatkan kulit muka kelihatan gelap dan kurang menarik. Untuk mengelakkannya rawatan awal boleh dilakukan.
Rawatan Awal
Radang kulit disebabkan oleh jerawat adalah satu proses penyembuhan yang normal. Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk membantu merawat peringkat awal parut jerawat.
Pendedahan kepada matahari melambatkan proses penyembuhan radang jerawat dan boleh merosakkan kulit. Oleh itu pengunaan sunblock yang sesuai amat penting.
Doktor boleh memberi krim tretinoin untuk mempercepatkan proses remodeling kulit. Penggunaan peeling agent seperti AHA (Alpha Hydroxy Acid) yang bersesuaian juga boleh mempercepatkan proses remodeling kulit.
Jangan memicit jerawat atau parut jerawat. Ini akan mengganggu proses penyembuhan jerawat. Ia juga boleh menyebabkan bakteria yang terdapat di dalam jerawat tersebar lebih ke dalam kulit. Ini boleh menyebabkan parut jerawat yang lebih dalam berlaku.
Penggunaan krim antioksidan seperti Vitamin C juga membantu memulihkan kesan jerawat.
Tips Jerawat
Masalah jerawat adalah masalah utama untuk remaja. Masalah ini menjadi lebih rumit apabila remaja mula mencuba pelbagai jenis produk.
1. Amalkan banyak pemakanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti buah-buahan citrus, nenas, kiwi dan anggur. Kebanyakan sayur-sayuran juga mempunyai antioksidan yang tinggi.
2. Stres juga boleh menjadikan jerawat tumbuh dengan banyak. Oleh itu lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stres dan menyihatkan seperti bersukan.
3. Apa-apa produk yang diletakkan di muka mestilah bebas minyak, berasaskan air dan non-comedogenic (tidak menyumbat pori-pori muka). Gunakan pencuci muka yang sesuai dan jangan mencuci muka dengan sabun mandi.
4. Jika peralatan kosmetik anda menyebabkan tumbuh whitehead atau blackhead, tukar kepada jenama lain. Yang terbaik adalah kosmetik berasaskan mineral. Kosmetik di muka mesti dicuci sebelum tidur.
Rawatan Lain
Perubahan hormon juga boleh menyebabkan jerawat yang teruk. Jika langkah-langkah di atas tidak dapat membantu, rawatan seperti antibiotik, chemical peeling, photofacial dan rawatan hormon boleh membantu. Sila berjumpa dengan pakar kulit.
Parut di muka selalunya disebabkan oleh kesan jerawat. Namun begitu ia juga boleh disebabkan kesan kecederaan seperti terbakar atau luka.
Setakat ini belum ada produk yang boleh merawat kesan parut dengan berkesan. Jika parut itu tidak dalam, rawatan seperti chemical peeling dan micro-dermabrasion boleh membantu mengurangkan masalah parut.
Tetapi jika parut itu dalam dan banyak, rawatan yang sesuai adalah laser CO2 atau Erbium YAG. Rawatan yang diperlukan adalah sebanyak 3 ke 5 sesi. Rawatan ini adalah yang terbaik untuk masalah parut.

KURANG DARAH??

                                                 
                                                         

ADAKAH ANDA KURANG DARAH?
  • Kurang darah adalah keadaan di mana paras darah merah kurangdari normal iaitu kurang dari 11 gram /dl.
PENYEBAB KURANG DARAH
  • Kurang memakan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12.
  • Kerap mengandung (kurang dari 2 tahun)
  • Jangkitan cacing
  • Masalah perubatan seperti malaria,thalasemla, leukemia, buasir, dan pendarahan dari faraj.
TANDA-TANDA KURANG DARAH
  • Pucat
  • Rasa letih lesu dan tidak bermaya
  • Sentiasa rasa pening
  • Rasa pitam blla bangun
  • Kebas kaki dan tangán
  • Rasa mengah dan berdebar-debar
  • Degupan jantung cepat
AKIBAT KURANG DARAH
KESAN KEPADA IBU
  • Mudah mendapat jangkitan
  • Jika berlaku pendarahan, keadaan akan lebih mudarat
  • Mudah mendapat penyakit lemah jantung
  • Kematian ibu
KESAN KEPADA ANAK AKIBAT
KURANG DARAH YANG TERUK
  • Keguguran
  • Pembesaran janin terbantut
  • Anak lahir tidak cukup bulan
  • Anak lahir kurang berat badán
  • Anak mati dalam perut
MENINGKATKAN PENGAMBILAN ZAT
BESI MELALUI MAKANAN
  • Ambilah makanan seimbang
  • Ambilah makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, ikan bilis, sardin,ikan cencaru, hati ayam, hati lembu dan daging sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.
  • Ambil bersama buah-buahan yang mengandungi vitamin C untuk menggalakkan penyerapan zat besi seperti jambu batu, mata kucing, betik,limau, rambutan, durian belanda, belimbing besi, kwini,kedondong, manggadan nenas.
  • Pilih sayur yang tinggl zat besi dan folat seperti pegaga, perla, kangkung, pucuk keledek, pucuk paku, ulam raja, bayam, pucuk gajus, daun pudina, cekur manis dan daun remunggai.
  • Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti kerang, ¡kan bilis, bebola ¡kan, kek ikan, hati, daging atau telur untuk menambah kandungan zat besi.
  • Perah air limau keatas makanan seperti sambal belacan.
  • Elak meminum teh, kopi atau susu bersama hidangan makanan utama atau ketika mengambil pil zat besi. Teh, kopi  atau susu boleh menghalang penyerapan zat besi.Sebaliknya ambilah air limau atau jus buah-buahan lain.

TIPS UNTUK MELINCINKAN KULIT MUKA


Untuk menlincinkan kulit wajah anda..                     
                                       
                                                     

1.cuci muka dengan air suam

2.Ambil timun dihiris halus(bentuk bulat) dan tampalkan di bahagian muka pada waktu malam..kerana waktu malam kulit wajah anda ingin berehat dengan zat-zat yg terkandung dalm timun tu.. 

3.jangan picit jerawat kalo x keras..ok...kalo x muka akan berparut..(dah x cantik)

selamat mencuba!!!!GUD LUCK...

PETUA SEMULAJADI UNTUK MENGHILANGKAN PARUT



1.madu 2 sudu
2.kulit kayu manis yg telah di kisar(3 sudu)
3.bedak sejuk yg dari beras taw...yg zaman tok kita pkai tu..(20 biji)

ok..dah ada sume bahan2 tuh..kita campur semua bahan2 kemudian bismilah dan sapukan pada tempat yg berparut..

biarkan selama 15mint atau sehingga kering..

then bilas ngn Air sejuk untuk menyegarkan kulit anda..

bg yang nk cri produk tuk hilanakan parut;

1.Bio Oil(malam je boleh pkai)siang x digalakan..

2.Maderma(yg terbaik)insyahlah

selamat mencuba!!!! insyahlah dengan izin Allah..akan menjadi..tp kena rajin la ye..

GUD LUCK!!

TIPS MENGHILANGKAN BAU BADAN

              

1.*3 batang Serai (diketuk)
*2 biji limau Purut@kasturi(di belah 2)
*kencur
semua bahan diatas direbus sehingga mendidih kemudian dicampur dgn Air sejuk dan mandi waktu pg dan petang setiap hari selama seminggu..

2.*2 batang timun muda(dikupas kulitnya)

*2 sudu garam halus
semua bahan diatas diblend sehingga halus kemudian sapu dikawasan yang ber
bau(kat celah2 tu hihi)setiap kali anda mandi..Ia jugak akan memutihkan kawasan yg gelap..

3.*sebiji limau purut(di belah 2)
*sebiji limau kasturi(di belah 2)
mandi dengan air suam kemudian gosok ditempat yg berbau(ketiak) dan bilas dengan air sejuk..

4.*beberapa daun kantan
Tumbuk sehingga lumat kemudian rebus sehingga didih..Biarkan air tu suam dan mandi dengan airnya..daun tu digosok pada kawasan berbau..

5.*5 batang serai wangi
*3 helai daun jambu
*1 helai daun lengkuas
*2 batang daun kantan
semua bahan diatas harus direbus sebaldi sehingga didih dan biarkan sehingga suam dan mandi.

6.*segengam beras(digoreng hingga hangus)
*bancuh air asam jawa semangkuk
*seketul tawas
Campurkan beras dan air asam jawa diatas dan ramas kemudian sapu pada kawasan berbau,bilas dan akhir sekali gosok tawas..

Semua PETUA diatas untuk Orang masalah BAU BADAN..
Selamat Mencuba!! insyahlah menjadi dengan USAHA yg gigih..
Yang paling penting mesti selalu mandi yerr bersihkan diri..BERSIH ITU SEPARUH DARI IMAN..

TANDA - TANDA ENDOMETRIOSIS

APAKAH SEBENARNYA PENYAKIT ENDOMETRIOSIS? 

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar ´endometrium´ telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ´darah kotor´ atau darah haid. 

APAKAH TANDA-TANDA ?

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas berkahwin. Ada sesetengahnya lega sekejap selepas berkahwin dan melahirkan anak, tetapi senggugut ini akan timbul semula akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang. 

Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding atau otot rahim. 

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan penghidap-penghidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

BAGAIMANA SELAPUT ENDOMETRIUM INI BOLEH TUMBUH DI LUAR RAHIM? 

Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding atau otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. 

Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa, iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). 

Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya. 10 hingga 20 peratus wanita di seluruh dunia menghadapi masalah endometriosis dan antara 30 hingga 40 peratus daripadanya adalah mandul. 

Ada juga yang mengatakan bahawa sistem ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang semula tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat-tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah. Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama-kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. . 

PENGESAHAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS

Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

RAWATAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS 

Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini. 

PEMBEDAHAN UNTUK MEMBUANG ENDOMETRIOSIS

Jika terdapat ´chocolate cyst´ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan ´cyst´ serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis. 

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali. 

Rawatan paling mudah,murah dan berkesan adalah BERBEKAM iaitu menyedut darah kotor (endometriosis) yang berada di sekitar  dalam rahim dan luar rahim....Bagi pesakit yang tidak mampu untuk melakukan pembedahan yang beribu riban ringgit, mereka disarankan berbekam 2x sebulan....insyahlah dengan izin Allah...



Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau: "Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia." (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)
Hadis Kelima: Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam). (Shahih Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa bekam merupakan perintah Nabi Muhammad SAW. Bekam juga adalah terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW.




SAKIT BUAH PINGGANG

Tanda-tanda anda mengidap penyakit buah pinggang

              

LAKUKAN BEKAM 4X SEBULAN


1. Bengkak Badan

Mengalami bengkak air yang teruk dan rasa sakit pada pinggang, kaki dan bahagian dalam tumit kaki.

2. Demam

Mengalami demam yang berulang. Contohnya - anda demam beberapa kali dalam seminggu.

3. Gatal-gatal Badan

Sekiranya seluruh badan anda mengalami gatal-gatal, ia menandakan badan anda banyak toksin.

4. Hilang Selera Makan

Selera anda hilang secara tiba-tiba. Bila makan, terasa macam nak muntah. Kesannya, anda akan mengalami penurunan berat badan secara tiba-tiba.

5. Kerap Buang Air Kecil

Kerap buang air kecil(kencing) di waktu malam. Tapi setiap kali kencing, hanya sedikit saja yang keluar.

6. Mudah Letih

Anda akan berasa mudah letih berbanding sebelum ini. Kalau selalu anda boleh melakukan aktiviti lasak tanpa masalah, tapi kini prestasi anda dah tak seperti biasa.

7. Sakit Kepala

Anda sering sakit kepala yang berpunca daripada tekanan darah tinggi.

8. Sakit Pinggang

Anda terasa macam menyucuk-nyucuk dan sakit di bahagian pinggang. Rasa sakit pada bahagian dalam dan bukan pada tulang.

Ada sesetengah anda ia datang sekali-sekala dan sesetengah yang lain pula merasainya secara berterusan.

JIKA ANDA MENGIDAP PENYAKIT INI ANDA PERLU MELAKUKAN BEKAM 4 KALI SEBULAN...INSYAALLAH AKAN BERKURANG..

SAKIT JANTUNG

                           

UNTUK PESAKIT JANTUNG ANDA DISARANKAN MELAKUKAN 3X BEKAM




INSYAALAH BERKURANG DENGAN BERBEKAM...