KLIK DISINI UNTUK FACEBOOK TIPS KECANTIKAN, PROMOSI DN BNYAK LGI! »
Blogger Widgets

Kebaikan Yang Tidak Disangka Dari Berbekam


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta sahabat dan ahli keluarganya



Bekam bukan satu kaedah rawatan yang  tidak asing lagi baik dikalangan orang Islam, orang berbangsa Cina maupun orang Barat. Terdapat pelbagai jenis bekam seperti bekam darah, bekam angin, bekam urut dan bekam lintah dan pelbagai cara yang digunakan seperti tusukan dan torehan. Semua kaedah sememangnya memberi kesan kelegaan dan penyembuhan pada pelbagai penyakit. Saya agak teruja hari itu apabila menonton siaran History Channel tentang pencerobohan Jepun di negara Burma.Seorang veteran askar British telah menceritakan pengalamannya dalam peperangan itu dan di antaranya beliau diserang lintah. Namun katanya lagi beliau agak hairan kerana penglihatannya telah diperbaiki setelah itu.    

Memang benar, berbekam mampu memperbaiki penglihatan dan fakta ini berdasarkan kepada hadith berikut:

Dari Ibnu Abbas R.A., Nabi S.A.W. bersabda: "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam (Al Hajjam) kerana ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot kaku dan mempertajam pandangan mata orang yang dibekamnya." (HR. Tirmidzi, hasan gharib)


Ini merupakan hanya satu daripada bermacam-macam kebaikan yang dapat didapati jika kita berbekam. Yang ingin saya ceritakan di sini ialah kebaikan bekam sunnah, iaitu bekam darah menggunakan torehan yang ringan menggunakan pisau. Saya tak akan menulis hadith-hadith yang mengesahkan kaedah rawatan ini kerana banyak blog-blog lain yang telah membentangkan dan menghuraikannya secara terperinci. 

0 comments:

Post a Comment