KLIK DISINI UNTUK FACEBOOK TIPS KECANTIKAN, PROMOSI DN BNYAK LGI! »
Blogger Widgets

APA ITU BEKAM?


APA ITU BEKAM ? 

Rawatan Bekam adalah salah satu warisan perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasullullah s.a.w dimana rawatan bekam ini adalah cara untuk melepasan angin dalam badan atau membuangkan darah kotor dari badan

Bekam adalah satu rawatan kesihatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodenkan mengikuti kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit.

Ini adalah salah satu cara ‘Detoksifikasi’ (pengeluaran toksid) yang berkesan serta selamat tanpa ada kesan sampingan. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh, kerana itu banyak toksid berkumpul di dalam kulit.

Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapat rawatan.

Bekam ialah istilah Melayu yang bererti “Pelepasan Darah”, dipanggil “Cupping” dalam bahasa Inggris. Dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai “al-Hijamah”.

Tubuh yang sihat dan minda yang cerdas adalah faktor penting dalam hidup dan kehidupan seseorang, demi melaksanakan tanggungjawab kehidupannya. Tapi jika terlalu banyak toksid-toksid dalam badannya, akan menyebabkan ’Stasis Darah’ atau ‘Penakungan Darah’, dimana sistem darah tidak berjalan dengan lancar.

Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesihatan fizikal dan mental. Ciri yang muncul jika seseorang banyak toksid dalam badannya, ialah malas, murung, kerap mengeluh kurang sihat, mudah bosan, dan mudah marah. Jika ditambah lagi dengan angin yang susah dikeluarkan, kita akan bertemu dengan seorang pesakit yang terganggu emosinya, sehingga sampai pada tahap perlu berkonsultasi dengan ahli jiwa.

0 comments:

Post a Comment